Rabu, 26 September 2012

leeks hot spot

leek atau bawang perai merupakan sejenis tumbuhan tanpa bawang. sayuran herba ini dimakan umbut putihnya. dalam satu rancangan masakan yang saya lihat di tv, tukang masak jamie oliver menggunakan daun leek dalam masakan. bagaimanapun daun nya perlu direbus dahulu kerana agak liat.

ini bererti seluruh pokok leek boleh digunakan dalam masakan.

saya sering terlihat leek dijual di pasaran .dan 4 bulan yang lalu , saya teringin pula menanamnya sebagai sayuran .sebagai percubaan saya menanam dalam pasu dan meletakan ditempat teduh. dalam jangka sebulan saya dapati tanah dalam pasu cepat kering.
ini menunjukan kehidupan. jadi saya telah memindahkan leek dari pasu.

oh? saya dapati akar leek tumbuh liar dan mulai keluar dari lubang pasu. jadi saya pindahkan leek ke tanah dan meninggikan tanah supaya menutupi batang leek yang berharga itu.

leek mahal dalam pasaran. saya cuma beli dua batang leek yang bersaiz sederhana. berharga rm0.80.

dari jauh leek kelihatan seperti serai wangi. setakat ini saya belum lagi melihat apa-apa penyakit pada pokok leek. kelihatanya leek yang saya tanam tumbuh lebih subur ditanah. saya berharap dapat melihat bunga leek akan datang. tak tahu bila!


dalam musim yang tak menentu ini ada kalanya cuaca mendung tapi hangat. nampaknya kucing saya SNOWY juga merasa bahangnya. jika sayuran mempunyai kaki mereka juga mungkin akan cari good spot for landing. ah! nyamanya SNOWY baring sampai tertidur. prrr.....



6 ulasan:

  1. I'm looking at the photos and my 3 yr son said."that's meeowww, meoww is sleeping, doggie will bite meowww and so on.., he really likes meoowww..btw very cute cat u have there

    BalasPadam
  2. Meow Snowy.
    Bud pokok leek comel macam bentuk dome.
    Bunganya bentuk pom pom nak lebah suka sangat.
    Saya suka sangat leek batang putihnya manis. Like to chopped and toss into kurma or soup.

    BalasPadam
  3. Tu yang tak sabar nak tengok bunga dia. Hopefully

    BalasPadam
  4. leek sedap buat mushroom soup. yummeh!

    BalasPadam