Khamis, 13 Disember 2012

Flower season



Terdapat banyak variety sunflower dipasaran. Antaranya adalah teddy sunflower yang mempunyai kelopak halus dan gebu seperti baldu.

Juga terdapat variety dwaft yang berbatang pendek dan padat serta berkelopak besar. Disini saya ingin menceritakan tentang satu lagi variety iaitu miniature sunflower. Tidak sukar menyemai miniature sunflower kerana kesemua benih yang saya semai tumbuh 100%


;">


Pertumbuhan miniature sunflower sangat cepat. Cuma mengambil masa sebulan untuk pokok menjadi matang. Bunga miniature sunflower yang kembang pula bertahan selama seminggu sahaja. Selepas itu miniature sunflower akan menua.

Memandangkan miniature sunflower adalah kecil saiz bunga dan pokok ia amat sesuai dijadikan tumbuhan dalam pasu. Bila sudah buruk bolehlah dipindahkan ketempat tersorok bagi penghasilan benih baru.

Semaian setiap minggu membolehkan anda mendapat bunga sunflower mekarsepanjang tahun.



Ini adalah pokok gladioli. Dikatakan apabila daunnya keluar 6 helai, pokok akan mengeluarkan bunga.
Gladiolus ini saya tanam pada 23/09/12


Benih pokok ini saya beli 6 biji dari blog kebun bahagia bersama. Satu darinya telah pun mekar berbunga pada 6/12/12. Jika diperhatikan bunga gladioli menyerupai bunga canaa. Beautiful !

4 ulasan:

  1. gladioli guna baja apa ya? kekerapan baja macam mana untuk gladioli ...

    BalasPadam
  2. setakat ini saya cuma bagi baja jenis yang di bancuh dengan air
    dua kali sebulan . siram pada akar pokok saja.

    BalasPadam
  3. Pelbagai jenis sunflower ada kan ...wah cantik kaler gladioli tersebut. Seronok tengok macam=macam warna gladioli berkembang bunga di taman peminat gardening seluruh Malaysia.

    BalasPadam