Khamis, 15 November 2012

Sorga

Selamat menyambut awal muharam. Pagi yang indah ini aku merehatkan minda dengan melihat ceri yang sedang ranum di laman rumahku.



Awas! ceri ini hanyalah buah dari pohon buluh hiasan yang aku tanam sebagai sempadan. Cantik untuk dipandang , bukan untuk dimakan.



Seperti teratai .Bunga kantan ni adalah sebahagian keindahan landscape dan rencah makanan yang aku gemari.


Dalam semak dedalu aku terjumpa pokok limau kasturi . Ini jenis limau kasturi lama. Ia berbeza sama sekali dengan limau kasturi spesis baru. Ketahanan pokok limau ini untuk terus hidup bagi aku sangat mengkagumkan. Selain buat perapan dan jus minuman .Ia juga sedap ditumbuk untuk buat sambal belacan dengan kulitnya sekali. Itu resepi tok nenek aku. Emm...Yummy!


Pokok ini pula namanya pokok namnam. Pokok renek berasal dari rantau melayu. Rasanya masam manis. Yang ini sudah boleh dipetik.


Owh? manggis sedang berbuah. Putiknya gugur. Kelihatan disebelahnya manggis dari musim yang lalu. Manggis apabila gugur bertukar menjadi batu. Hasil manggis biasa dipetik cermat.


Pulasan ini berbuah untuk pertama kalinya.


Wow ! lebat hasilnya. Tak lama lagi dapatlah merasa kemanisan buahnya.


Kata orang batu yang baik di campak ke laut menjadi pulau. Ini pula adalah benih labu siam juga dikenali dengan nama chayote. Sewaktu mendapat buah ini aku telah terbelah dua hingga ke bijinya. Dengan segera biji terbelah itu aku cantumkan dan tanam ke tanah. Tak sangka ia tetap hidup. Ternyata benih yang baik bila di campak menjadi dusun.

3 ulasan: