Ahad, 1 Disember 2013

PATTY PAN SQUASH

Pagi ini musim hujan tak berhenti. Time hujan ni sesuai sangat menyemai atau mengalih tanaman.
Semalam dalam hujan renyai sayamengalihkan beberapa batang cili cheyene ke batas. Nampak
segar daunnya pagi ni.
Dah lama tak jengok tanaman pattypan saya.


                                                Owh? apakah di balik bunga yang mekar itu


                Nampaknya sebiji pattypan yang terlewat untuk di petik. ok yang ni boleh buat benih. 


                                                       Yang pulak baru berputik.                                                        

                                           
Dah seminggu sekarang sesuai di petik untuk goreng tumis.
                                                          

Khamis, 7 November 2013

SWEET ALYSSUM



Sweet alyssum ini dah lama saya semai. Sampai sekarang masih lagi hidup. Nampaknya ia sesuai dengan cuaca tropika. Saya dapati menyemai dari biji benih mengambil masa agaklama untuk matang dn berbunga.


Sweet alyssum jugamudah hidup dari keratan batang. Rasanya yang saya tanam ni dari jenis snow kerana berwarna putih.


Sweet alyssum galak berbunga pada musim panas.Benihnya halus seperti benih petunia. Sesuai juga ditanam
dalam pasu gantung.Ini pulai cili kulai king. Rasanya pedas macam cili padi. Ini pula kebun kacang saya.
hasilnya memang lumayan walaupun saya cuma beli sepeket benih kacang yang mengandungi 10 biji benih.dari diana. Rangup dipanggang dalam oven.

Ahad, 24 Februari 2013

colorful day

Saya memang minat dengan walkway garden. Lebih-lebih lagi kalau yang berbentuk cottage garden. Dirumah saya cuba pratikkan gaya walkway path yang terdapat di kebanyakan taman bunga.



Tampak warna agak pudar. Saya fikir mungkin saya patut menambah lebih banyak variety bunga parennial yang berwarna warni. Baru tampak meriah.



Awal tahun saya kurang aktiviti menanam. Tapi seperti biasa saya masih berkebun cuma lebih kepada tanaman tradisi seperti cili, serai, halia dan kunyit. Selepas ini saya akan cuba menanam sayuran semula kerana cuaca agak baik

.


Tahun lepas saya ada menyemai benih markisa yang saya perolehi dari pasaraya. Markisa ni saya tanam dalam pasu dan saya biarkan melilit pada pokok duku. Dalam masa 7 bulan saja markisa ini menjadi matang dan nampaknya sudahpun mengeluarkan buah sulung. Bunganya pun banyak disetiap helaian batang. Nampaknya tahun ni bertambah koleksi buah di
kebun saya.



Anak pokok ginseng jawa ni tumbuh atas rekahan batu. Saya baru saja tahu namanya setelah membaca blog kebunbahagiabersama. Sebelum ini saya sangkakan ini adalah pokok bunga. Induknya mengeluarkan bunga berwarna merah pink dan kecil. Induknya tumbuh sendiri dari pasu japanese rose yang saya beli dari nurseri. Lepas ni .saya kena kutip balik anak-anak pokok yang tumbuh bertaburan. Sayang sekali kalau pupus.



Rabu, 26 Disember 2012

Flower season part II



Satu lagi variety yang popular masakini adalah giant sunflower. Pertumbuhan giant sunflower adalah perlahan didalam cup semaian.

.

Giant sunflower di pindahkan ketanah supaya akarnya bebas meneroka nutrient.




Akhirnya membesar dan matang.



Debunga giant sunflower jatuh meliputi daun pokok.



Wishbone flower adalah sejenis tumbuhan yang menyerupai tulang hajat . Pokok ini berjaya mengadaptasi cuaca di malaysia.




Pertumbuhan pokok adalah mudah. Cuma taburkan benih pada pasu . Sebaik pokok mencapai daun kedua boleh dilakukan penjarakkan untuk mendapat pokok yang besar.




Wishbone tidak suka dipindahkan. Biasanya pokok akan mati.




Tanaman ulangan boleh dilakukan pada pasu yang sama setelah pokok mati. Cuma gemburkan tanah dan anak pokok baru akan muncul. Penjagaan amat mudah kerana ia boleh tumbuh dalam berbagai keadaan tanah. Sebab itu adakalanya kita akan terjumpa pokok wishbone tumbuh liar dalam semak rumput. Jangan lupa ambil benihnya ya

!


Pulasan dibelakang rumah saya dah pun ranum. Sempena cuti hujung tahun saya ucapkan SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

Khamis, 13 Disember 2012

Flower season



Terdapat banyak variety sunflower dipasaran. Antaranya adalah teddy sunflower yang mempunyai kelopak halus dan gebu seperti baldu.

Juga terdapat variety dwaft yang berbatang pendek dan padat serta berkelopak besar. Disini saya ingin menceritakan tentang satu lagi variety iaitu miniature sunflower. Tidak sukar menyemai miniature sunflower kerana kesemua benih yang saya semai tumbuh 100%


;">


Pertumbuhan miniature sunflower sangat cepat. Cuma mengambil masa sebulan untuk pokok menjadi matang. Bunga miniature sunflower yang kembang pula bertahan selama seminggu sahaja. Selepas itu miniature sunflower akan menua.

Memandangkan miniature sunflower adalah kecil saiz bunga dan pokok ia amat sesuai dijadikan tumbuhan dalam pasu. Bila sudah buruk bolehlah dipindahkan ketempat tersorok bagi penghasilan benih baru.

Semaian setiap minggu membolehkan anda mendapat bunga sunflower mekarsepanjang tahun.



Ini adalah pokok gladioli. Dikatakan apabila daunnya keluar 6 helai, pokok akan mengeluarkan bunga.
Gladiolus ini saya tanam pada 23/09/12


Benih pokok ini saya beli 6 biji dari blog kebun bahagia bersama. Satu darinya telah pun mekar berbunga pada 6/12/12. Jika diperhatikan bunga gladioli menyerupai bunga canaa. Beautiful !

Selasa, 27 November 2012

HONEYDEW MELON

Tanaman melon atau tembikai susu adalah sejenis buah yang berasal dari parsi. Saya dapati tanaman melon juga boleh hidup subur dimalaysia.


Pokok yang matang menghasilkan bunga jantan dan betina. Pendebungaan boleh dilakukan secqra semulajadi atau dibantu.


Adalah disarankan menggunakan pancang bagi membantu pokok memanjat keatas. Mendapat buah yang bulat dan mengelakan kerosakan buah atas serangan kutu tanah. Saya cuma mengalas plastik pada buah kerana tiada masa.


Buah melon membesqr dalam masa sebulan dan warna bertukar dari hijau ke kuning.


Antara tips yang saya dapat dari penanam melon adalah elakan menyiram sebelum menuai. Saya langsung tidak menyiram air sepanjang tanaman ini berbuah kerana sekarang musim hujan lebat.:(

Sebagaimana yang dijangka, buah yang terhasil tidak bulat dan rasanya tawar. Elakan membeli tembikai atau melon jika negara pengeluar mengalami musim hujan. Selamat bertani

Khamis, 15 November 2012

Sorga

Selamat menyambut awal muharam. Pagi yang indah ini aku merehatkan minda dengan melihat ceri yang sedang ranum di laman rumahku.



Awas! ceri ini hanyalah buah dari pohon buluh hiasan yang aku tanam sebagai sempadan. Cantik untuk dipandang , bukan untuk dimakan.



Seperti teratai .Bunga kantan ni adalah sebahagian keindahan landscape dan rencah makanan yang aku gemari.


Dalam semak dedalu aku terjumpa pokok limau kasturi . Ini jenis limau kasturi lama. Ia berbeza sama sekali dengan limau kasturi spesis baru. Ketahanan pokok limau ini untuk terus hidup bagi aku sangat mengkagumkan. Selain buat perapan dan jus minuman .Ia juga sedap ditumbuk untuk buat sambal belacan dengan kulitnya sekali. Itu resepi tok nenek aku. Emm...Yummy!


Pokok ini pula namanya pokok namnam. Pokok renek berasal dari rantau melayu. Rasanya masam manis. Yang ini sudah boleh dipetik.


Owh? manggis sedang berbuah. Putiknya gugur. Kelihatan disebelahnya manggis dari musim yang lalu. Manggis apabila gugur bertukar menjadi batu. Hasil manggis biasa dipetik cermat.


Pulasan ini berbuah untuk pertama kalinya.


Wow ! lebat hasilnya. Tak lama lagi dapatlah merasa kemanisan buahnya.


Kata orang batu yang baik di campak ke laut menjadi pulau. Ini pula adalah benih labu siam juga dikenali dengan nama chayote. Sewaktu mendapat buah ini aku telah terbelah dua hingga ke bijinya. Dengan segera biji terbelah itu aku cantumkan dan tanam ke tanah. Tak sangka ia tetap hidup. Ternyata benih yang baik bila di campak menjadi dusun.