Rabu, 26 Disember 2012

Flower season part II



Satu lagi variety yang popular masakini adalah giant sunflower. Pertumbuhan giant sunflower adalah perlahan didalam cup semaian.

.

Giant sunflower di pindahkan ketanah supaya akarnya bebas meneroka nutrient.




Akhirnya membesar dan matang.



Debunga giant sunflower jatuh meliputi daun pokok.



Wishbone flower adalah sejenis tumbuhan yang menyerupai tulang hajat . Pokok ini berjaya mengadaptasi cuaca di malaysia.




Pertumbuhan pokok adalah mudah. Cuma taburkan benih pada pasu . Sebaik pokok mencapai daun kedua boleh dilakukan penjarakkan untuk mendapat pokok yang besar.




Wishbone tidak suka dipindahkan. Biasanya pokok akan mati.




Tanaman ulangan boleh dilakukan pada pasu yang sama setelah pokok mati. Cuma gemburkan tanah dan anak pokok baru akan muncul. Penjagaan amat mudah kerana ia boleh tumbuh dalam berbagai keadaan tanah. Sebab itu adakalanya kita akan terjumpa pokok wishbone tumbuh liar dalam semak rumput. Jangan lupa ambil benihnya ya

!


Pulasan dibelakang rumah saya dah pun ranum. Sempena cuti hujung tahun saya ucapkan SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

6 ulasan:

  1. wishbone flower tu saya jumpa di Hutan Lipur Lenggeng tapi tak banyak macam nitesky punya.. cantik bunganya..

    sunflower tu betul-betul giant.. yang saya punya tak sebesar piring cawan pun he he

    Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

    BalasPadam
  2. masa tanam kecik je sunflower tu macam bantut tapi bila tanam ke tanah jadi besar pulak.

    BalasPadam
  3. Wishbone ni tak makan saman juga di sini tumbuh merata-rata kalau tak dicabut awal-awal. Kenyang betul pulasan bulan ni :). Besar giant sunflower tu. Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.May your garden proper more in 2013.

    BalasPadam
  4. same to u diana. tq. pulasan tu actually baru nak belajar berbuah

    BalasPadam
  5. Salam, benih wishbone tu ada? Jual la kat lynn..

    BalasPadam
  6. tengok la kalau ada saya kumpul. Benih dia halus n biasanye self seedling

    BalasPadam