Selasa, 27 November 2012

HONEYDEW MELON

Tanaman melon atau tembikai susu adalah sejenis buah yang berasal dari parsi. Saya dapati tanaman melon juga boleh hidup subur dimalaysia.


Pokok yang matang menghasilkan bunga jantan dan betina. Pendebungaan boleh dilakukan secqra semulajadi atau dibantu.


Adalah disarankan menggunakan pancang bagi membantu pokok memanjat keatas. Mendapat buah yang bulat dan mengelakan kerosakan buah atas serangan kutu tanah. Saya cuma mengalas plastik pada buah kerana tiada masa.


Buah melon membesqr dalam masa sebulan dan warna bertukar dari hijau ke kuning.


Antara tips yang saya dapat dari penanam melon adalah elakan menyiram sebelum menuai. Saya langsung tidak menyiram air sepanjang tanaman ini berbuah kerana sekarang musim hujan lebat.:(

Sebagaimana yang dijangka, buah yang terhasil tidak bulat dan rasanya tawar. Elakan membeli tembikai atau melon jika negara pengeluar mengalami musim hujan. Selamat bertani

4 ulasan:

  1. Dalam banyak-banyak jenis melon yang pernah saya tanam di Adelaide sewaktu musim panas bergelora ( heat wave 40 degree c), honeydew melon adalah melon yang mudah untuk tumbuh ketika musim panas kemarau. Cantik warnanya.

    BalasPadam
  2. berjaya menanam ya... akan masuk dalam list saya juga nanti..

    BalasPadam