awal september ini hujan turun lebat dan petir sabung menyabung setiap petang. aku terpaksa tangguhkan aktiviti menanam. tanaman pun nampak dah makin menua.
gladioli pun nampaknya dah makin membesar. aku semai dalam flower pot kecil sebagai medium awal. lepas ni mungkin akan di pindahkan ke tanah atau pasu lebih besar. semuanya bergantung pada faktor kesesuaian dan masa. mana tau bila tanam ketanah gladioli jadi makin besar atau di gali miss piggy. ! harap kejadian yang menimpa lilium tak berlaku lagi. lagipun pagar yang aku buat belum siap sepenuhnya. aku bersaing dengan masa setiap hari. membuat kerja rencam juga rupanya menyeronokan. ini hobi baru aku. nak jadi manusia serbaboleh he he....
why not?
aku perasan sejak memulakan aktiviti memagar monyet tiba-tiba menghilangkan diri.samada monyet juga faham tentang sempadan atau telah jumpa dusun baru
sebenarnya aku cadang nak bagi monyet-monyet tu belacan. kata orang monyet pantang kena belacan. tapi nampaknya monyet tu macam dah menghidu perangkap
Wah banyak bendi nak dipetik.
BalasPadamHarap Ms. Piggy tak gali gladioli lepas pindahkan.
Hopefuly
BalasPadamMonyet tak suka belacan ya?
BalasPadamNak kena beli belacan banyak dari Sabah ni kalau begitu.
Itu la saya ingat nak bg pisang yang disumbat belacan tapi monyet ni macam dah tau je. Semua dah lari.
BalasPadam