Khamis, 25 Oktober 2012

Mistery Garden

Suatu hari saya terlihat benih kailan terjual dipasaraya. Nampak comel je jadi saya berminat untuk cuba tanam. Lagipun saya belum pernah melihat sayur kailan. Mungkin saya terlepas pandang.


Waktu kecil kailan nampak kecil. Jadi, saya telah menanam kailan agak rapat.Tak sangka bila membesar daunnya menjadi lebar dan batangnya gemok. Batas jadi padat pulak!



Setiap pagi aku jumpa belalang yang nakal ni melepak atas daun kailan. Sebab tiap hari berdating
belalang ni dah kenal dengan aku. Dah jinak . Sampai boleh dukung macam baby kucing he he....



Dah mula berbunga.Tak lama lagi dapat lah aku tanam kailan guna benih dari kebun sendiri.Yahoo!


Ini pulak goose berry. Tumbuh meliar hingga membelit pokok Leek.



Dah berbuah. Ada yang kata macam tanglung


Tomato ni tumbuh sendiri tanpa jagaan. Biasa kalau aku tanam tomato tak menjadi. Tomato liar ni pulak berbuah atas tanah



Tembikai susu merah berputik. Pokok tembikai ni tumbuh meliar atas tanah. Sebenarnya aku tak sangka pula tembikai susu boleh hidup dalam cuaca malaysia. Aku lihat ada banyak putik dalam rumpun tembikai. Harap membesar sebagai johan.



Pokok zinia ni berbunga sepanjang tahun. Tiap kali mati ,aku tanam yang baru dalam pasu yang sama. Cuma gemburkan tanah lama , tambah sedikit tanah baru dan baja. Dah jadi pemaustatin tetap dalam pasu tu.
Sempena Aidil Adha ni bunga zinia makin rimbun dan gebu sebagai penyambut tetamu dengan warna putih yang ceria. Salam Lebaran.

8 ulasan:

  1. goose berry tu mana dpt benih? Dah cari kat Mydin dan Tesco tapi takder..teringin nak tanam

    BalasPadam
  2. rasanya gppseberry ni dah berkurun kat kebun saya. beza gposeberry dengan tomatilo rasanya dari daunya. gooseberry daun bulat dan buah manis.
    kat pasaraya memang tak jumpa tapi blog diana tukang kebun ada stok baru kalau tak silap saya.

    BalasPadam
  3. memang seronok tenguk kailan tumbuh, melebar dan kekal hijau pekat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kailan pertama tu yqng excited tu bang chik n kak dah

      Padam
  4. Suburnya leek tu geram tengok. Leek kami bandaraya pergi lanyak trim pulak ;(. Kailan tu dah sedap masak ikan masin goreng.
    Kat kebun saya, tembikai susu lagi tahan panas dari tembikai merah.
    Tomato saya pun macam tu yang tumbuh sendiri dan tak jagalah buahnya menjadi-jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itula yang misterinye yang tumbuh sendiri menjadi pulak. kailan goreng ikan masin tu ramai kata sedap nanti nak cuba

      Padam
  5. Salam..dpt mana benih leek tu? Apa rasanya..tgk flm AFC mcm2 resipi guna leek..

    BalasPadam
  6. rasanya lebih sedap dari daun bawang. daun dia buat nasi goreng pun boleh tapi kena celur dulu bagi lembut. kat market banyak leek yang berakar tu yang saya tanam.
    senang je hidup tapi leek ni sentiasa dahaga. kena siram tiap hari

    BalasPadam