saya memulakan tanaman cherry belle radish pada 3 september. radish bercambah dalam masa tiga hari
selepas dua minggu pokok radish mulai terbentuk
-="0" /
lihat! ubi radish sudah mulai terbentuk
comel kaan...he he. tapi kulit dia dah merekah.
sayangnya hasrat saya melihat radish menjadi tua dan berbunga tidak kesampaian.
pucuk radish mereput dan cair selepas terkena semburan racun anai-anai. walaubagaimanapun saya melihat percubaan saya menanam cherry belle radish berhasil. jadi, radish juga boleh hidup dalam cuaca panas di malaysia.
tak dapat merasa cherry belle radish, aku pekena anggur kering dalam peti ais. lagipun radish tu aku tanam dua batang je sebagai percubaan.
anggur kurang manis jangan dibuang. biarkan selama berbulan-bulan dalam peti sejuk. anggur akan mengecut dan isi menjadi lebih padat, manis dan bersari. tomato juga akan mengering jika disimpan berbulan-bulan dalam peti sejuk. enak untuk rencah piza
owh..kiranya radish ni cepat jugak mengeluarkan hasil..x sabar nak tunggu lynn punya, tapi dah semai dlm 3 minggu, x besar pun..
BalasPadamsaya selalu gembur tanah kasi gebu dan siram air kasi moist baru dia
BalasPadammembesar kuat dan sihat
Wow cepatnya membesar.
BalasPadamTips yang bagus tu.