Ahad, 23 September 2012

the wet veggies

musim hujan lebat kebelakangan ini tidak memunginkan untuk aku berkebun. minggu lepas saya memindahkan anak-anak salad kebatas baru.malangnya hujan lebat telah membunuh semua salad hingga berkecai. hempasan hujan yang menuju seperti batu-batu menghempas ketanah. menghempas pada badan salad muda yang lemah dan tak berdaya. menyebabkan semuanya terbunuh. memang trajik sekali! owh!

raya puasa baru saja berlalu. dua hari selepas raya saya menerima bungkusan benih-benih dari kebunbahagiabersama.blogspot. kerana kesibukan dengan keperluan harian, benih gladioli telah terbiar dalam peti sejuk. hanya pada 23-09-12 barulah saya berpeluang mengembumikan gladioli itu kedalam liang lahat. tapi bukanlah untuk berkubur tapi untuk memulakan kehidupan. begitulah bezanya kegidupan manusia dan tumbuhan. saya baru berpeluang menanam dua dari lima biji gladioli kerana masih gagal mencari pasu yang sesuai. harapnya ia tumbuh subur. amin.

dalam pada itu asiantik lilium pula menerima nasib yang agak berbeza. saya menanam lilium dua hari selepas terima bungkusan. selepas sebulan barulah lilium menunjukan tunas baru. malangnya lepas seminggu lilium itu memerima takdir yang agak
trajis juga. seekor anjing liar telah memasuki kawasan rumah saya. dari banyak tanaman yang saya ada anjing itu telah memilih lilium sebagai sasaran. owh! mengapa lilium? mungkin lilium itu berperisa daging... ha ha ha

mujur juga saya telah terlihat kejadian itu dan berusaha dengan gagahnya menyelamatkan lilium dari rahang anjing. sekali lontaran, terus kena sasaranya. lintang pukang anjing tu melarikan diri dari kayu yang menyingah kepalanya.

bawang itu pecah berderai tapi isi tengahnya masih kelihatan elok. jadi terpaksalah aku pindahkan lilium itu kepasu lebih kecil dan jauh dari mara bahaya.

sayuran baru di kebunku sekarang adalah kohirabi, rainbow chard, fennel, kailan, garland crpysenthemum, lobak merah, capcikum, timun dan kacang botor. aku dapati kailan paling bertahan dalam hempasan hujan lebat sekarang. kelebihan kailan adalah daun dan batangnya yang tebal. harapnya yang lain akan mencontohi kailan yang tabah.

cherry radish juga menampakan yang ia adalah sayuran yang tahan lasak.. saya baru menanam sebanyak dua batang sebagai percubaan. yang lain akan menyusul kemudian

2 ulasan:

  1. Pertama kali saya dengar anjing nak makan bulb bunga.

    BalasPadam
  2. my bunny pulak suka sgt target salad..now she is grounded

    BalasPadam