Ahad, 24 Februari 2013

colorful day

Saya memang minat dengan walkway garden. Lebih-lebih lagi kalau yang berbentuk cottage garden. Dirumah saya cuba pratikkan gaya walkway path yang terdapat di kebanyakan taman bunga.



Tampak warna agak pudar. Saya fikir mungkin saya patut menambah lebih banyak variety bunga parennial yang berwarna warni. Baru tampak meriah.



Awal tahun saya kurang aktiviti menanam. Tapi seperti biasa saya masih berkebun cuma lebih kepada tanaman tradisi seperti cili, serai, halia dan kunyit. Selepas ini saya akan cuba menanam sayuran semula kerana cuaca agak baik

.


Tahun lepas saya ada menyemai benih markisa yang saya perolehi dari pasaraya. Markisa ni saya tanam dalam pasu dan saya biarkan melilit pada pokok duku. Dalam masa 7 bulan saja markisa ini menjadi matang dan nampaknya sudahpun mengeluarkan buah sulung. Bunganya pun banyak disetiap helaian batang. Nampaknya tahun ni bertambah koleksi buah di
kebun saya.



Anak pokok ginseng jawa ni tumbuh atas rekahan batu. Saya baru saja tahu namanya setelah membaca blog kebunbahagiabersama. Sebelum ini saya sangkakan ini adalah pokok bunga. Induknya mengeluarkan bunga berwarna merah pink dan kecil. Induknya tumbuh sendiri dari pasu japanese rose yang saya beli dari nurseri. Lepas ni .saya kena kutip balik anak-anak pokok yang tumbuh bertaburan. Sayang sekali kalau pupus.