Selasa, 27 November 2012

HONEYDEW MELON

Tanaman melon atau tembikai susu adalah sejenis buah yang berasal dari parsi. Saya dapati tanaman melon juga boleh hidup subur dimalaysia.


Pokok yang matang menghasilkan bunga jantan dan betina. Pendebungaan boleh dilakukan secqra semulajadi atau dibantu.


Adalah disarankan menggunakan pancang bagi membantu pokok memanjat keatas. Mendapat buah yang bulat dan mengelakan kerosakan buah atas serangan kutu tanah. Saya cuma mengalas plastik pada buah kerana tiada masa.


Buah melon membesqr dalam masa sebulan dan warna bertukar dari hijau ke kuning.


Antara tips yang saya dapat dari penanam melon adalah elakan menyiram sebelum menuai. Saya langsung tidak menyiram air sepanjang tanaman ini berbuah kerana sekarang musim hujan lebat.:(

Sebagaimana yang dijangka, buah yang terhasil tidak bulat dan rasanya tawar. Elakan membeli tembikai atau melon jika negara pengeluar mengalami musim hujan. Selamat bertani

Khamis, 15 November 2012

Sorga

Selamat menyambut awal muharam. Pagi yang indah ini aku merehatkan minda dengan melihat ceri yang sedang ranum di laman rumahku.



Awas! ceri ini hanyalah buah dari pohon buluh hiasan yang aku tanam sebagai sempadan. Cantik untuk dipandang , bukan untuk dimakan.



Seperti teratai .Bunga kantan ni adalah sebahagian keindahan landscape dan rencah makanan yang aku gemari.


Dalam semak dedalu aku terjumpa pokok limau kasturi . Ini jenis limau kasturi lama. Ia berbeza sama sekali dengan limau kasturi spesis baru. Ketahanan pokok limau ini untuk terus hidup bagi aku sangat mengkagumkan. Selain buat perapan dan jus minuman .Ia juga sedap ditumbuk untuk buat sambal belacan dengan kulitnya sekali. Itu resepi tok nenek aku. Emm...Yummy!


Pokok ini pula namanya pokok namnam. Pokok renek berasal dari rantau melayu. Rasanya masam manis. Yang ini sudah boleh dipetik.


Owh? manggis sedang berbuah. Putiknya gugur. Kelihatan disebelahnya manggis dari musim yang lalu. Manggis apabila gugur bertukar menjadi batu. Hasil manggis biasa dipetik cermat.


Pulasan ini berbuah untuk pertama kalinya.


Wow ! lebat hasilnya. Tak lama lagi dapatlah merasa kemanisan buahnya.


Kata orang batu yang baik di campak ke laut menjadi pulau. Ini pula adalah benih labu siam juga dikenali dengan nama chayote. Sewaktu mendapat buah ini aku telah terbelah dua hingga ke bijinya. Dengan segera biji terbelah itu aku cantumkan dan tanam ke tanah. Tak sangka ia tetap hidup. Ternyata benih yang baik bila di campak menjadi dusun.

Selasa, 13 November 2012

From dark till dawn

Awal november ni hujan makin kerap turun. Boleh dikatakan sepanjang hari tanpa henti.

U la la... paras air sungai diempangan batu pun makin naik. Sungai ni kaya dengan ikan tongsan dan toman. Bagi kaki pancing tempat ni adalah hot spot selain dari memancing dikolam. Sampai jam 3 pagi pun masih ada yang menapak disini.

It's look creepy. Pernah berlaku beberapa kejadian pembunuhan di sekitar sungai ini. Kerap juga berlaku kemalangan dilaluan jalan meyusuri sungai.
Satu kejadian yang tak dapat aku lupakan melibatkan pelanggaran seorang mat rempit dengan sebuah kereta. Mayat mat rempit itu kelihatan masih menunjukan aksi rempit dengan tangan seperti mengengam handle minyak.



Nampaknya dah masuk 4 bulan aku buat kompos guna rumpai dan sayur. Malangnya masih tak dapat diguna lagi sebab seratnya masih kasar. Ni gara-gara aku malas nak mengaul hu hu...
Dari setinggi 4 kaki sekarang dah menyusut jadi 1 kaki jer. Look gross! !

Mujur juga tempat aku dekat dengan kedai tani. Kat sini mix soil jual sekampit rm1.50. Kira murah yang amat banding dengan harga kat nursery dan pasaraya yang mencecah antara rm3 hingga rm6. Well , hidup kena jimat cermat kaan.

Actually, mix soil ni aku gunakan untuk tumbuhan pasu dan semaian.

Petunia yang disemai makin membesar sejak dipindahkan ke pasu individu. Banyak pasu juga aku dapat . Belum termasuk yang di tanam ketanah.
Petunia yang selebihnya mungkin boleh buat resepi petunia goreng belacan. Adakah? he he